Cadangan Bajet Anda

Cadangan Bajet Anda
Azy HS | 012-2348432

Friday 10 January 2014

KOLESTEROL TINGGI???

Kolesterol adalah satu komponen yang dialirkan oleh darah, diperlukan untuk banyak fungsi sel dan pembiakan. Jumlah kolesterol ini sebaiknya dikekalkan pada paras sebenar yang diperlukan oleh tubuh, dan dibawa oleh partikel protein-lipid yang dikenali sebagai lipoprotein. Peningkatan dalam jumlah kolesterol atau ketidakseimbangan pada pengaliran lipoprotein adalah membahayakan, dan boleh menyumbang kepada risiko besar penyakit jantung.

Kolesterol, salah satu bahan yang menjadi punca utama kepada masalah peyakit jantung. Apabila kandungannya tinggi di dalam darah, ia berpotensi melekat pada dinding salur darah. Ini akan membuatkan salur darah mengecil dan akhirnya boleh tersumbat. Proses ini dikenali sebagai atherosclerosis. Sekiranya berlaku pada arteri yang ke jantung, kesannya adalah penyakit jantung. 
Apabila berlaku di otak, kesannya adalah strok. Selain dari jantung, kolesterol juga dikaitkan dengan masalah pendengaran, pengelihatan dan juga kecerdasan minda seseorang. Semua ini berkaitan dengan atherosclerosis. Gangguan yang menyebabkan penyediaan nutrien dan oksigen yang tidak mencukupi untuk organ-organ tersebut.

Kolesterol, bersifat lembut dan berminyak, tidak berbau. Hadir pada setiap bahagian badan, terutamanya di dalam otak (dengan membentuk 11% dari berat keringnya), sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon sex. Jadi, manusia memerlukannya di dalam proses biologi. Cuma tak boleh pada jumlah yang terlalu banyak. Menjadi lumrah, setiap unsur pada makanan perlu ada had pengambilannya. 
Di dalam badan manusia sendiri, kolesterol dihasilkan oleh hati di antara 800 hingga 1000 mg sehari. Pengambilan dari makanan dikatakan sangat kecil pengaruhnya terhadap peningkatan kepekatan kolesterol badan. Namun, mengikut apa yang disarankan oleh pakar kesihatan Amerika, pengambilan harian perlu dihadkan kepada 300 mg sahaja.

Bagi individu sihat, jumlah keseluruhan kolesterol darah yang disarankan adalah kurang daripada 220mg sedeciliter (mg/dL). Kebanyakan doktor berpendapat 220-240 mg/dL sebagai kes `borderline', dan lebih daripada 240mg/dL sebagai hiperkolestromik (paras kolesterol darah berlebih). Bagi individu kategori ini, penurunan paras kolesterol darah memang disarankan, pertamanya melalui corak pemakanan, dan seandainya usaha ini gagal, terapi ubatan digunakan. Oleh kerana lipoprotein mengalirkan lemak dan kolesterol, sains telah mendefinisikan lipoprotein ini, serta komponen kolesterolnya berasaskan fungsi biologikal mereka.

Sejumlah besar kolesterol darah dibawa oleh lipoprotein berdensiti rendah (LDL). Penyelidikan menunjukkan bahawa LDL meningkatkan mendapan kolesterol dan lemak di dinding saluran darah, dan dengan itu meningkatkan risiko penyakit jantung.

Malangnya, manusia hidup dengan LDL. Justeru itu, memang ada keperluan untuk mengehadkan peningkatan kolesterol LDL sepanjang kehidupan manusia dengan memilih pemakanan dan cara hidup yang betul bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.

Sama pentingnya juga, lipoprotein berdensiti tinggi (HDL) yang membawa struktur protein dan profil lipid yang berbeza daripada LDL. Ciri yang berbeza ini membolehkan ia melaksanakan fungsi biologikalnya, yang juga bertindak berlawanan berbanding LDL. HDL membawa kolesterol daripada sel kepada hati, yang mana ia diproses dan dibuang. Proses ini dipanggil `pengangkutan kolesterol berbalik' (reverse cholesterol transport), yang amat kritikal dalam mengekalkan keseimbangan kolesterol secara keseluruhan. Ini juga penyebab mengapa seseorang pakar kardiologi mengukur jumlah paras kolesterol - LDL dan HDL – untuk menerangkan mengenai status kesihatan jantung.

Saranan untuk pengambilan OmegaGuard Shaklee ialah berupaya menurunkan tigliserid 65%, menurunkan LDL dan keseluruhan kolesterol. Manakala, Vitamin E Complex shaklee mampu menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas. Selain itu, pengambilan optimum dengan tambahan produk-produk berikut juga digalakkan : 
> Vivix - tonik ajaib untuk kesihatan menyeluruh
> lechitin - kolin & inositol untuk metabolisma lemak
> garlic - menurunkan kolesterol
> alfalfa complex - untuk sintesis lemak
> vitamin c 500mg - menurunkan LDL & meniggikan HDL
> GLA complex - menurunkan LDL


INGAT!!!

KOLESTEROL TINGGI ---> SERANGAN JANTUNG ---> SILENT KILLER!!!

sms/whatsapp 012-2348432 (azy) ATAU emel azy.hilmi@yahoo.com ATAU pm facebook Azy HS (azyhilmi)







No comments:

Post a Comment

Facebook Comment