Cadangan Bajet Anda

Cadangan Bajet Anda
Azy HS | 012-2348432

Tuesday, 4 June 2013

Suplemen untuk Perokok


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Oleh Fauziah Arof
HARGA rokok naik 20 sen kelmarin. Namun kepada perokok-perokok tegar, saya percaya kenaikan itu tentu tidak sedikit pun menjentik hati mereka untuk berkata tidak kepada rokok.
Sebelum ini harga rokok pernah dinaikkan sehingga 70 sen. Ketika itu golongan perokok tegar ini bising sekejap, sehari dua saja, tetapi mereka tetap membelinya seperti biasa tanpa rasa gusar.
Jadi bila naik 20 sen, kepada perokok-perokok tegar ini, apa sangatlah nilai 20 sen itu, sebab hendak masuk ke tandas di pusat-pusat beli belah pun kena bayar 20 sen, malah ada sesetengah tempat lebih daripada itu.
Sememangnya merokok sudah menjadi amalan biasa dalam kalangan kita. Sesiapa pun boleh jadi perokok, tidak kira lelaki, wanita, warga emas, orang kaya, miskin, ahli politik daripada parti politik mana pun, ustaz, cikgu termasuk budak-budak sekolah!
Maka di mana-mana pun ada perokok dan asap rokok. Itu belum masuk lagi perokok yang merokok di kawasan larangan merokok, yang menjadi mangsanya, tentulah yang bukan merokok.
Ada laporan kesihatan, orang yang tidak merokok tetapi berada berdekatan dengan perokok menyedut sebanyak 75 peratus daripada asap rokok yang dihembus keluar oleh perokok. Yang menyedut asap rokok ini boleh jadi isteri, anak-anak dan rakan-rakan.
Sedangkan perokok hanya menyedut sebanyak 25 peratus daripada asap tembakau yang dihisap olehnya. Namun fakta ini tidak juga membuat perokok berasa bersalah kepada orang sekelilingnya.
Dalam pada itu, racun di dalam asap rokok yang memasuki tubuh badan boleh mendatangkan lebih daripada 20 penyakit kronik seperti kanser. Kepekatan racun yang disedut adalah amat tinggi dan berisiko besar menyebabkan kematian. Namun fakta sebegini juga tidak menggerunkan perokok tegar.
Pun begitu, ada juga dalam kalangan perokok, setiap kali harga rokok diumumkan naik, mereka mula memasang azam untuk berhenti merokok. Yang pastinya bukan sebab celiknya kesedaran dan datangnya keinsafan untuk menjaga kesihatan sangat. Semangat dan tekad itu timbul kerana ingin mengurangkan belanja harian.
Ini memang perkembangan baik walaupun sebabnya bukan faktor kesihatan. Sekurang-kurangnya mahu berhenti merokok.
Dengan kos hidup yang semakin tinggi, terutamanya golongan yang berpendapatan ala kadar, rokok sebenarnya hanya menambah perbelanjaan.
Bagaimanapun, cerita-cerita tentang azam hendak berhenti merokok ini, selalunya akan tinggal azam sahaja. Reaksinya sama seperti perokok tegar, merungut-rungut sekejap sahaja. Sudahnya, mereka tetap merokok dengan bilangan yang sama seperti sebelum harga rokok naik.
Mereka mengakui belanja harian naik, tetapi ada perbelanjaan yang akan dipotong sana sini. Ada yang sanggup mengurangkan belanja makan semata-mata sekotak rokok. Orang kata, biar tak dapat nasi, asalkan dapat rokok!
Sewajarnya setiap kali harga rokok naik, ada kajian menyeluruh dilakukan. Adakah kenaikan itu mengakibatkan jualan rokok berkurangan? Berapa ramai yang berhenti merokok apabila harga rokok naik? Tentu hasil penemuan kajian ini menarik untuk dianalisis.
Rakan saya seorang lelaki yang merupakan perokok tegar dan merokok sejak di zaman persekolahan memberitahu, antara punca mengapa penagih rokok tidak tahan berhenti menghisap rokok ialah kerana mereka boleh menjadi cepat marah, stress, menggigil, mengantuk, susah berfikir, dan cepat rasa letih manakala merokok didakwa boleh mendatangkan ‘ilham dan idea’ dalam kerja mereka.
Namun setakat ini, tidak pula kita dengar berita di negara ini perokok mengamuk menyerang orang di tempat awam atau di pejabat kerana tidak dapat sebatang rokok, atau mati mengejut kerana ketagihan rokok.
Katanya lagi, penjualan rokok pek besar juga menyebabkan golongan perokok lagi sukar untuk berhenti merokok. Dulu satu pek kecil boleh tahan dalam sehari, sekarang satu pek besar pun tahan hanya satu hari juga.
Dia juga memberi pelbagai alasan sukar berhenti merokok, antaranya takut berat badan naik secara mendadak dan kalau hendak berhenti kena bermula secara perlahan-lahan, jangan drastik, takut nanti akan dapat sakit. Tapi yang pastinya, yang perlahan-lahan itu pun dia tidak buat.
Pokok pangkalnya, tekad yang bersungguh-sungguh untuk berhenti merokok dengan menyedari kemudaratan akibat merokok pada diri sendiri dan orang sekeliling. Usahlah disalahkan langkah kerajaan yang hanya membenarkan rokok dijual hanya dalam pek besar, kerana yang sakit dan menerima padahnya nanti adalah diri kita sendiri.
Ada beberapa cara untuk berhenti merokok dan kita juga mempunyai lebih 100 klinik berhenti merokok di seluruh negara. Dapatkan kaunseling dan khidmat pakar. Dalam pada itu banyak panduan atau tips yang boleh kita baca dalam buku, majalah dan Internet tentang berhenti merokok.
Tiada siapa yang dapat menafikan berhenti merokok bagi perokok tegar bukan perkara mudah. Tidak semudah kita bercakap dan menasihati.
Mengambil keputusan berhenti merokok mungkin membuatkan si perokok berada dalam satu proses pemulihan yang panjang, sukar dan menguji ketahanan serta kesabaran, tetapi jika tindakan itu lebih menguntungkan dan demi kesihatan diri sendiri dan keluarga yang bergantung harapan kepada kita, mengapa tidak?

Itu adalah petikan daripada akhbar. Realiti kini adalah benar apa yang telah difaktakan di dalam petikan tersebut.
Walau bagaimanapun, berbekalkan akal fikiran yang telah dikurniakan tuhan dan juga kewarasan diri, sebagai manusia kita boleh memilih sama ada untuk meneruskan atau sebaliknya.

Namun, sebagai wakil pengedar sah produk Shaklee, saya amat berbesar hati untuk berkongsi tentang keperluan suplemen / vitamin kepada perokok. Tidak kira apa pun pilihan anda, suplemen tetap penting untuk tubuh. (Untuk lebih nyata, klik pada imej)



Antara lain, majalah iSihat keluaran Jun 2013 juga menekankan tentang keperluan vitamin kepada kaum lelaki. Mari kita baca sama-sama untuk pengetahuan dan juga kebaikan diri. Untuk mendapatkan suplemen / vitamin-vitamin ini sms/whatsapp saya 012-2348432 (Azy) atau emel ammrshilmi@yahoo.com atau mesej saya di facebook Azy HS.



No comments:

Post a Comment

Facebook Comment