1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya, vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhikualiti buah dan sayur tersebut.
3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
4. Pengambilan pil tahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yag tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
5. Pengambilan makanan seharianyang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan keidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.
7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam pula memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.
Salam sayang.
fb : Azy HS
emel : mrsh1lm1@yahoo.com
No comments:
Post a Comment