Cadangan Bajet Anda

Cadangan Bajet Anda
Azy HS | 012-2348432

Friday, 31 October 2014

HIDUP v MATI

Alhamdulillah.

Hari ini Allah tentukan aku naik teksi yang pemandunya menghidapi kanser tahap 4 dan menurut pemandu itu doktor memaklumkan dia yang dia akan mati pada bila-bila masa sahaja. Puncanya dia cakap begitu pada aku sebab dia beritahu aku yang dia akan bawa teksi perlahan sahaja. Aku kata "tak apa..hujan jalan licin". Dia kata "bukan". Aku kata lagi "oh..hujan ni sejuk" sebab aku tengok dia tarik 'sweater' tutup tangan dia. Kemudian baru dia beritahu yang dia ada sakit kritikal, kanser. Aku tak mau tanya dah..dia yang cerita je. Pagi tadi dia pergi ke badan-badan kebajikan  untuk dapatkan bantuan untuk ubat dia hari ni, tapi tak dilayan. Kemudian berjumpa dengan pembesar negeri (tapi tak tahu la siapa). Dia kata "menteri tu suruh dia buat rawatan batin (pembedahan secara batin) kos antara RM2000 ke RM3500." Tapi tak tau dapat bantuan ke tidak sebab dia kata dia datang nak minta sedekah. Dia kata kalau boleh tak nak jumpa orang dah.

Dia kata sebab dia dah nak mati dia kena cari duit untuk susu anak dan belanja rumah untuk isteri. Pening kepala dia kata. Tapi bila dah mati nanti badan kebajikan akan tanggung anak dia. Mungkin dia dah dapatkan bantuan untuk tujuan tu. Aku tanya lagi, "kalau macam ni keadaan encik hari ni, lepas ni balik rumah rehat ke atau berhenti sekejap tepi jalan?" sebab aku nampak dia buat gaya macam tahan sakit. Dia kata, dia kena dapatkan duit ubat untuk hari ni kos dalam RM200 lebih sebab doktor bagi dia masa sampai pukul 10.00 malam untuk dapatkan ubat dan makan. 'Gulp' aku macam tergamam dengar macam tu.

Sampai je aku ke destinasi aku, aku hulurkan sedikit duit yang ada dalam dompet aku. Kalau ada banyak dalam dompet aku bagi semua agaknya. Tapi dah itu Allah tetapkan untuk aku bagi pada dia, Bahagian rezeki dia yang ada pada aku banyak itu je. Dia kata 'banyak ni cik'. Aku macam tak boleh nak cakap lebih, sedih pula. Aku nak cakap minta dia doakan aku bahagia suami isteri pun tak terkeluar. Cuma aku boleh cakap 'encik banyakkan pergantungan pada Allah'. Itu je ayat yang boleh keluar dari mulut aku.

Mudah-mudahan apa yang berlaku hari ini menjadi asbab kebaikan Allah berikan hidayat kepada pemandu teksi itu supaya mendekatkan diri kepada Allah dan Allah mudahkan jalan dia peroleh rezeki yang halal untuk diri dan keluarga dia dan lebih-lebih lagi moga Allah sembuhkan dia daripada penyakit yang kritikal tu supaya dia menjadi hamba Allah yang taat pada agama dan sentiasa berbuat amal soleh. Hidup dan mati Allah juga yang tentukan.

Tujuan hidup yang Allah bagi pada kita ni ialah apa-apa yang dilakukan semata-mata kerana Allah dan dapatkan keberkatan Allah sebagai bekalan hidup yang kekal selepas mati. Hidup susah dugaan hidup. Sakit pun dugaan hidup. Orang sekeliling tak membantu juga dugaan hidup. Dugaan tu supaya kita ingat pada Allah, sebab Allah nak kita ingat dia dan minta tolong daripada dia.

Bila dah mati, perkara-perkara yang baik jadi teman kita dikubur. Anak-anak suami/isteri, duit tak boleh nak dibawa bersama.

Terima kasih Allah atas kasih sayangMu padaku setiap detik :)

Thursday, 2 October 2014

main masak-masak

Dari sehari ke sehari mahu mencuba buat puding roti. Cuma hari ini saya berjaya buat. Tapi ianya tidak sama seperti resepi yang saya dapat sebab mahu cepat. Alahai masa ini si Harraz bangun nak susu. Hasilnya?? tak apa boleh cuba lain masa. Ini puding roti ke telur dadar? ehehehe

Bersarang..

hehe..lama sungguh ku tak update blog ni..mood tarak mari..gangguan emosi la..perasaan la..dugaan sungguh hidup ni..setan mmg suka bisik lagi pula dgn aku yg dok layan emosi..so..kena lawan..ingat tujuan hidup sebenar Tuhan jadikan kita ni DAN kehidupan yang betul2 nanti yang selepas mati tu..JADI mesti bersangka baik pada Allah DAN mesti SABARRR..

*sayang emak & emak mertuaku..panjangkan usia mereka ya Allah kurniakan nikmat kesihatan kpd mereka dan berilah rahmatMu kpd mereka...Aminn*

Facebook Comment