Cadangan Bajet Anda
Friday, 31 October 2014
HIDUP v MATI
Hari ini Allah tentukan aku naik teksi yang pemandunya menghidapi kanser tahap 4 dan menurut pemandu itu doktor memaklumkan dia yang dia akan mati pada bila-bila masa sahaja. Puncanya dia cakap begitu pada aku sebab dia beritahu aku yang dia akan bawa teksi perlahan sahaja. Aku kata "tak apa..hujan jalan licin". Dia kata "bukan". Aku kata lagi "oh..hujan ni sejuk" sebab aku tengok dia tarik 'sweater' tutup tangan dia. Kemudian baru dia beritahu yang dia ada sakit kritikal, kanser. Aku tak mau tanya dah..dia yang cerita je. Pagi tadi dia pergi ke badan-badan kebajikan untuk dapatkan bantuan untuk ubat dia hari ni, tapi tak dilayan. Kemudian berjumpa dengan pembesar negeri (tapi tak tahu la siapa). Dia kata "menteri tu suruh dia buat rawatan batin (pembedahan secara batin) kos antara RM2000 ke RM3500." Tapi tak tau dapat bantuan ke tidak sebab dia kata dia datang nak minta sedekah. Dia kata kalau boleh tak nak jumpa orang dah.
Dia kata sebab dia dah nak mati dia kena cari duit untuk susu anak dan belanja rumah untuk isteri. Pening kepala dia kata. Tapi bila dah mati nanti badan kebajikan akan tanggung anak dia. Mungkin dia dah dapatkan bantuan untuk tujuan tu. Aku tanya lagi, "kalau macam ni keadaan encik hari ni, lepas ni balik rumah rehat ke atau berhenti sekejap tepi jalan?" sebab aku nampak dia buat gaya macam tahan sakit. Dia kata, dia kena dapatkan duit ubat untuk hari ni kos dalam RM200 lebih sebab doktor bagi dia masa sampai pukul 10.00 malam untuk dapatkan ubat dan makan. 'Gulp' aku macam tergamam dengar macam tu.
Sampai je aku ke destinasi aku, aku hulurkan sedikit duit yang ada dalam dompet aku. Kalau ada banyak dalam dompet aku bagi semua agaknya. Tapi dah itu Allah tetapkan untuk aku bagi pada dia, Bahagian rezeki dia yang ada pada aku banyak itu je. Dia kata 'banyak ni cik'. Aku macam tak boleh nak cakap lebih, sedih pula. Aku nak cakap minta dia doakan aku bahagia suami isteri pun tak terkeluar. Cuma aku boleh cakap 'encik banyakkan pergantungan pada Allah'. Itu je ayat yang boleh keluar dari mulut aku.
Mudah-mudahan apa yang berlaku hari ini menjadi asbab kebaikan Allah berikan hidayat kepada pemandu teksi itu supaya mendekatkan diri kepada Allah dan Allah mudahkan jalan dia peroleh rezeki yang halal untuk diri dan keluarga dia dan lebih-lebih lagi moga Allah sembuhkan dia daripada penyakit yang kritikal tu supaya dia menjadi hamba Allah yang taat pada agama dan sentiasa berbuat amal soleh. Hidup dan mati Allah juga yang tentukan.
Tujuan hidup yang Allah bagi pada kita ni ialah apa-apa yang dilakukan semata-mata kerana Allah dan dapatkan keberkatan Allah sebagai bekalan hidup yang kekal selepas mati. Hidup susah dugaan hidup. Sakit pun dugaan hidup. Orang sekeliling tak membantu juga dugaan hidup. Dugaan tu supaya kita ingat pada Allah, sebab Allah nak kita ingat dia dan minta tolong daripada dia.
Bila dah mati, perkara-perkara yang baik jadi teman kita dikubur. Anak-anak suami/isteri, duit tak boleh nak dibawa bersama.
Terima kasih Allah atas kasih sayangMu padaku setiap detik :)
Thursday, 2 October 2014
main masak-masak
Dari sehari ke sehari mahu mencuba buat puding roti. Cuma hari ini saya berjaya buat. Tapi ianya tidak sama seperti resepi yang saya dapat sebab mahu cepat. Alahai masa ini si Harraz bangun nak susu. Hasilnya?? tak apa boleh cuba lain masa. Ini puding roti ke telur dadar? ehehehe
Bersarang..
hehe..lama sungguh ku tak update blog ni..mood tarak mari..gangguan emosi la..perasaan la..dugaan sungguh hidup ni..setan mmg suka bisik lagi pula dgn aku yg dok layan emosi..so..kena lawan..ingat tujuan hidup sebenar Tuhan jadikan kita ni DAN kehidupan yang betul2 nanti yang selepas mati tu..JADI mesti bersangka baik pada Allah DAN mesti SABARRR..
*sayang emak & emak mertuaku..panjangkan usia mereka ya Allah kurniakan nikmat kesihatan kpd mereka dan berilah rahmatMu kpd mereka...Aminn*
Thursday, 6 February 2014
Cadangan Turun Berat Badan
Wednesday, 5 February 2014
Anak sihat dan bijak
Wednesday, 29 January 2014
Set Men's Vital Health (Kesihatan Lelaki)
- Mati pucuk
- Pembesaran prostat
- Kelesuan
- Kurang tenaga dan stamina
- Memelihara kesihatan prostat
- Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
- Memelihara jantung yang sihat
- Membantu mengekalkan tekanan darah normal
- Mengawal tahap kolesterol yang sihat
Sayangi kehidupan anda dan sayangi diri.
Produk Set Men's Vita Health ini boleh didapati daripada saya. Hubungi Azy 012-2348432 atau emel kepada azy.hilmi@yahoo.com. (admin telah tidak menggunakan lagi no tel 016-3048289)
Set Men's Vital Health (Kesihatan Lelaki)
- Mati pucuk
- Pembesaran prostat
- Kelesuan
- Kurang tenaga dan stamina
- Memelihara kesihatan prostat
- Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
- Memelihara jantung yang sihat
- Membantu mengekalkan tekanan darah normal
- Mengawal tahap kolesterol yang sihat
Sayangi kehidupan anda dan sayangi diri.
Produk Set Men's Vita Health ini boleh didapati daripada saya. Hubungi Azy 012-2348432 atau emel kepada azy.hilmi@yahoo.com. (admin telah tidak menggunakan lagi no tel 016-3048289)
Tuesday, 28 January 2014
Multivitamin
Monday, 20 January 2014
Bestnya Kolagen Shaklee
First time makan kolagen takut juga apa impak dia. Tapi syukurnya pilihan kolagen yang saya ambil tepat iaitu Shaklee Collagen Powder. Makan je dalam beberapa hari tak sampai seminggu dah nampak perbezaan pada kulit. CUNN!! Thumbs up!! Ha sekali 2 ibu jari ku angkat..mana taknya..kawan-kawan ofis tegur muka merah-merah pakai mekap ke..padahal semua pun tahu saya ni bukan jenis pakai mekap. Ha kan memang teruja..stop kejap makan sebab segan kena puji..hihi..tapi terkenangkan alangkah bestnya kolagen Shaklee ni..kulit lembut..kemerah-merahan.."yang tak boleh nak diceritakan" pun something good..lutut sendi-sendi pun tak lenguh..rambut jadi perang keperangan..uih..banyak sangat yang bestnya..saya continue..beli lagi makan beli lagi makan..memang tak menyesal..harganya sangat sepadan dengan keberkesanannya..Jom try >_< sms / whatsapp Azy HS 012-2348432
Wednesday, 15 January 2014
Anak-anak dan kesihatan
Tahukah anda?
Bayi yang minum susu formula mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat:
•Jangkitan telinga
•Cirit-birit / sembelit
•Pneumonia (radang paru-paru)
•SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) – Sindrom Kematian Bayi Mendadak
Kanak-kanak yang diberi susu formula mempunyai risiko yang lebih besar untuk:
• Obesiti (menjadi gemuk)
•Diabetes
•Asma dan alergi
•Kanser
Bila ANAK memasuki umur 2 tahun, mereka akan mudah MENGAMUK apabila keinginan tidak tercapai. Ia juga dipanggil tantrum.
Bagaimana nak buat kalau anak tantrum?
Kalau di rumah - Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Kalau di tempat awam - Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
Petua pemakanan anak yang kurang berat badan
Untuk anak berusia 6 bulan :
1. 5 sudu makan bijirin seperti bubur nasi
2. 1 sudu teh minyak
3. 1 sudu makan penuh sayur – sayuran
4. 1 sudu makan penuh isi ikan / ayam
5. 2 sudu makan penuh buah – buahan
Seeloknya susuilah anak anda sepenuhnya selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun
Petua Pemakanan untuk Anak yang mengalami Kurang Berat Badan
1.Susuilah anak anda sepenuhnya selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun
2.Beri makanan tambahan mengikut sukatan harian berikut :
Untuk 7 – 9 Bulan:
2 Cawan Bijirin seperti bubur nasi
2 sudu teh Minyak Sayur – sayuran
3 sudu makan penuh Isi ikan / ayam
2 sudu makan penuhBuah – buahan
Sekiranya anak anda susah nak makan, ingin menambah kualiti susu badan yang dibekalkan dan diberikan kepada anak kesayangan, mengelakkan anak terlalu hyper active, cuba perkenalkan Meal Shake Shaklee dan Omega Guard Shaklee kepada mereka.
Antara Kebaikan Meal Shake Shaklee:
-Menambah selera makan anak
-Anak tak mudah jatuh sakit
-Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
- Mengatasi masalah sembelit kanak-
- Mampu untuk menambah berat badan anak
-Kaya dengan kalsium, magnesium,vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
-Sesuai untuk anak-anak yang obesiti
- Mengandungi kolina, kalsium dan protein Sebagai makanan untuk otak
Ibu bapa akan berusaha untuk kebaikan anak supaya dapat membesar dengan sihat. Setiap nasihat daripada ibu bapa mudah mereka taati jika pemakanan anak-anak kita terkawal dari awal.
Azy 012-2348432
Vitamin E Shaklee
IBU MENGANDUNG & PENYUSUAN SUSU IBU
Andainya anda mengambil suplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.
Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu.
Konsep asas penyusuan perlulah difaham terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.
Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan, sekiranya si ibu memenuhi keperluan-keperluan berikut dengan penuh disiplin dan konsisten.
1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang berkerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbangdan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.
3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan tuhan demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.
Cadangan saya vitamin yang sesuai diambil semasa berpantang dan seterusnya memberikan penyusuan terbaik kepada bayi ialah:
1. B-Complex
* Ia sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan, dengan kata lain ialah meroyan & menstabilkan hormon.
2. Vitamin C
* Ia penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak semasa bersalin.
3. Vitalea
* Ia adalah multivitamin dengan iron yang lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan. Iron pula sangat pentinguntuk tubuh ibu yang telah mengalami banyak kehilangan darah sewaktu bersalin.
4. Zinc complex
* Ia membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutamanya luka dalaman (rahim). Zinc merupakan suplemen terbaik bagi kalangan ibu yang tidak makan ikan haruan atau pun pati ikan haruan. Zinc juga membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
5. Energizing Soy Protein (ESP) & Ostematrix (kalsium-magnesium beserta vitamin D)
* Kedua-dua suplemen ini membantu mengurangkan risiko bayi kuning. Ia juga memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu.
6. Alfalfa/lechitin/herblax
* Ia membantu memudahkan dan melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut serta mengatasi masalah sembelit. Walaubagaimana pun, pengambilan alfalfa digalakkan selepas 14 hari bayi dilahirkan. Alfalfa merupakan suplemen penting untuk boost penghasilan susu serta membantu memekatkan susu dan susu menjadi lebih lemak. Alfalfa membantu perkumuhan lebih lawas dan membuang angin dalam badan yang mana bayi menyusu juga susah mengalami kembung perut.
7. OmegaGuard
* Ia membantu peredaran darah dalam tubuh dengan baik dan membantu perkembangan otak bayi serta pertumbuhan yang lebih baik.
Ada yang beranggapan susu banyak tanpa suplemen. Tetapi bagaimana dengan tahap kesihatan anda sebagai ibu dan juga kualiti susu kepada bayi? Benar susu ibu adalah yang terbaik tersedia membekalkan antibodi kepada tubuh bayi, tetapi sejauh mana bekalan antibodi tersebut dapat dibekalkan? Bayi kembung dll..Bagi ibu yang berjaya menghasilkan susu banyak tapa suplemen, kalsium dalam tubuh telah kurang melalui penyusuan, gigi reput, sakit pinggang, mudah letih, emosi tidak terkawal antara kesan-kesan yang kadang-kadang tidak kita sedari bahawa yang tubuh kita memerlukan suplemen / vitamin.
Sayangi diri anda, sayangi bayi anda, sayangi keluarga kita demi masa depan.
Saya berkongsi kerana saya juga mempunyai anak dan keluarga, dan jangan kita mementingkan diri sendiri.
hubungi saya. sms / whatsapp : 012-2348432 - Azy.
Salam Sayang
fb : Azy HS
emel : ammrshilmi@yahoo.com
sms/whatsapp : 012-2348432
Petikan daripada majalah iSihat keluaran Mei 2013.
Set ibu mengandung shaklee membantu anda untuk mengekalkan kesihatan optimum. Dengan pengambilan yang konsisten, anda mampu menghilangkan kencing manis semasa mengandung, Hb yang rendah dan darah tinggi. InsyaAllah :)
Hubungi saya Azy 012-2348432
Tuesday, 14 January 2014
GLA Shaklee
Kesuburan atau Merancang Kehamilan Wanita
Bagi individu yang merancang kehamilan, GLA Shaklee adalah merupakan vitamin untuk kesuburan yang mana manfaatnya ia membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Dengan kata lain ia membantu untuk menyeimbangi hormon di dalam tubuh. Di samping itu saranan untuk diambil bersama ialah Energizing Soy Protien (ESP). ESP merupakan pemakanan seimbang untuk tubuh yang mana ianya mengandungi kacang soya iaitu tumbuhan yang kaya dengan isoflavones yang sangat penting untuk hormon estrogen wanita. Ini adalah saranan minima daripada saya.
1. Vitalea - untuk mengimbangi nutrien
2. Vitamin C - meningkatkan motiliti sperma, mengahalang sperma membentuk gumpalan
3. B Complex - Anti-stress untuk sistem reproduktif yang sihat
4. Vitamin E - Antioksidan yang kuat membersihkan radikal bebas yang merosakkan sel & melindungi sperma.
5. Zinc Complex - meningkatkan penghasilan testosteron dan meninggikan kuantiti sprema
6. ESP - menyeimbangkan hormon
Untuk mendapatkan vitamin-vitamin ini, boleh hubungi saya pm/sms/whatsapp 012-2348432, fb : Azy HS.
Senggugut
Tidak sanggup rasanya menghadapi sakit senggugut ni..Saranan paling minima untuk mengatasi dan mengurangkan rasa senggugut ini dengan mengambil GLA Complex bersama Ostematrix. GLA membantu mengimbangi tahap hormon dan membantu mengawal pengahsilan prostaglandin. Manakala, Ostematrix yang mengandungi kalsium, magnesium membantu melegakan kekejangan dan sakit belakang semasa atau sebelum datang haid.
Monday, 13 January 2014
Alfalfa Shaklee
Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya telah dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950 an.
1) Alfalfa shaklee diperolehi dari tanaman alfalfa (Medicago sativa) yang telah ditanam secara organik di California yang dijamin bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos iaitu bebas dari bahan kimia.
2) Medicago Sativa merupakan tumbuhan alfalfa yang memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa lain. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.
3) Daun alfalfa shaklee hanya dituai apabila ianya mencapai kematangan mutlak kerana hanya daun alfalfa yang telah matang mengandungi klorofil.
4) Daun-daun alfalfa juga telah dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.
Pendedahan kepada suhu panas pastinya akan menjejaskan nutrisi daun alfalfa tersebut.
5) Keseluruhan proses dari penanaman sehingga dikompres menjadi tablet dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.
6) Setiap tablet mengandungi 300 mg alfalfa.
Sunday, 12 January 2014
Garlic Shaklee
1. Mengandungi spearmint
» Ianya meningkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung.
2. Antibiotik yang selamat & semulajadi
» Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
3. Menghalang alergi
» Meningkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
4. Meningkatkan sistem penghadaman
» Meningkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic jugamampu mebentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.
5. Memoderatkan tekanan darah tinggi
» Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.
6. Detoksifikasi
» Garlic mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum, dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel- sel darah dari kemusnahan akibat dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
7. Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
8. Mencegah kanser
» Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser - nitrosamine.
9. Menstabilkan glukos dalam tubuh kita.
minat? hubungi saya ♥
fb : Azy HS
emel : mrsh1lm1@yahoo.com
Set kurus bajet
Saturday, 11 January 2014
Vitamin Asas Shaklee
Friday, 10 January 2014
Shaklee Collagen Powder (SCP)
Kadang-kadang apabila mendengar kolagen, terdapat di kalangan kita tersalah tafsir tentang kolagen, yang mana ianya semata-mata diambil untuk kecantikan kulit dan muka. Pemikiran sebegini perlu diperbetulkan kerana ianya bukan semata-mata untuk kecantikan kulit dan muka, malah kesan-kesan kekurangan kolagen dalam tubuh adalah seperti yang dinyatakan di bawah. Ini kerana hakikat setiap tubuh mempunyai kolagen. Kolagen akan merudum dalam tubuh apabila umur semakin meningkat dan juga pelbagai faktor luaran masa ini. Walau bagaimanapun, kehendak untuk menjadi lebih cantik adalah mengatasi. Jadi, keputusan untuk mengambil kolagen adalah betul sekiranya pemilihan yang tepat dibuat iaitu dengan pengambilan Shaklee Collagen Powder.
Apakah simptom-simptom kehilangan kolagen?
Shaklee Collagen Powder is the best ever!!!!
Tak percaya??
Let's check out the advantages of taking Shaklee Collagen Powder!!
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Azy HS 012-2348432
KOLESTEROL TINGGI???
Kolesterol adalah satu komponen yang dialirkan oleh darah, diperlukan untuk banyak fungsi sel dan pembiakan. Jumlah kolesterol ini sebaiknya dikekalkan pada paras sebenar yang diperlukan oleh tubuh, dan dibawa oleh partikel protein-lipid yang dikenali sebagai lipoprotein. Peningkatan dalam jumlah kolesterol atau ketidakseimbangan pada pengaliran lipoprotein adalah membahayakan, dan boleh menyumbang kepada risiko besar penyakit jantung.
Kolesterol, salah satu bahan yang menjadi punca utama kepada masalah peyakit jantung. Apabila kandungannya tinggi di dalam darah, ia berpotensi melekat pada dinding salur darah. Ini akan membuatkan salur darah mengecil dan akhirnya boleh tersumbat. Proses ini dikenali sebagai atherosclerosis. Sekiranya berlaku pada arteri yang ke jantung, kesannya adalah penyakit jantung.
Apabila berlaku di otak, kesannya adalah strok. Selain dari jantung, kolesterol juga dikaitkan dengan masalah pendengaran, pengelihatan dan juga kecerdasan minda seseorang. Semua ini berkaitan dengan atherosclerosis. Gangguan yang menyebabkan penyediaan nutrien dan oksigen yang tidak mencukupi untuk organ-organ tersebut.
Kolesterol, bersifat lembut dan berminyak, tidak berbau. Hadir pada setiap bahagian badan, terutamanya di dalam otak (dengan membentuk 11% dari berat keringnya), sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon sex. Jadi, manusia memerlukannya di dalam proses biologi. Cuma tak boleh pada jumlah yang terlalu banyak. Menjadi lumrah, setiap unsur pada makanan perlu ada had pengambilannya.
Di dalam badan manusia sendiri, kolesterol dihasilkan oleh hati di antara 800 hingga 1000 mg sehari. Pengambilan dari makanan dikatakan sangat kecil pengaruhnya terhadap peningkatan kepekatan kolesterol badan. Namun, mengikut apa yang disarankan oleh pakar kesihatan Amerika, pengambilan harian perlu dihadkan kepada 300 mg sahaja.
Bagi individu sihat, jumlah keseluruhan kolesterol darah yang disarankan adalah kurang daripada 220mg sedeciliter (mg/dL). Kebanyakan doktor berpendapat 220-240 mg/dL sebagai kes `borderline', dan lebih daripada 240mg/dL sebagai hiperkolestromik (paras kolesterol darah berlebih). Bagi individu kategori ini, penurunan paras kolesterol darah memang disarankan, pertamanya melalui corak pemakanan, dan seandainya usaha ini gagal, terapi ubatan digunakan. Oleh kerana lipoprotein mengalirkan lemak dan kolesterol, sains telah mendefinisikan lipoprotein ini, serta komponen kolesterolnya berasaskan fungsi biologikal mereka.
Sejumlah besar kolesterol darah dibawa oleh lipoprotein berdensiti rendah (LDL). Penyelidikan menunjukkan bahawa LDL meningkatkan mendapan kolesterol dan lemak di dinding saluran darah, dan dengan itu meningkatkan risiko penyakit jantung.
Malangnya, manusia hidup dengan LDL. Justeru itu, memang ada keperluan untuk mengehadkan peningkatan kolesterol LDL sepanjang kehidupan manusia dengan memilih pemakanan dan cara hidup yang betul bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.
Sama pentingnya juga, lipoprotein berdensiti tinggi (HDL) yang membawa struktur protein dan profil lipid yang berbeza daripada LDL. Ciri yang berbeza ini membolehkan ia melaksanakan fungsi biologikalnya, yang juga bertindak berlawanan berbanding LDL. HDL membawa kolesterol daripada sel kepada hati, yang mana ia diproses dan dibuang. Proses ini dipanggil `pengangkutan kolesterol berbalik' (reverse cholesterol transport), yang amat kritikal dalam mengekalkan keseimbangan kolesterol secara keseluruhan. Ini juga penyebab mengapa seseorang pakar kardiologi mengukur jumlah paras kolesterol - LDL dan HDL – untuk menerangkan mengenai status kesihatan jantung.
Wednesday, 8 January 2014
Info GST
Sebagai penduduk Malaysia kita perlu tahu apa GST ni.. suka atau tidak kita sebagai rakyat tetap sama semua bertanggungjawab antara satu sama lain. Mudah-mudahan negara kekal aman.
1. Goods and Service Tax (GST) merupakan amalan percukaian diamalkan di negara berpendapatan tinggi krn mampu mengurangkan ketirisan dan memberi kelebihan kpd pengguna
2. GST bkn cukai tambahan, sebaliknya GST akan menggantikan sistem cukai Sales and Services Tax (SST) yg tlh diamalkan di negara ini selama beberapa dekad.
3. Melalui SST ini, pengguna terpaksa membayar 2 jenis cukai - perkhidmatan (10%) dan jualan (6%).
4. Sebaliknya melalui GST, pengguna hanya perlu membayar 1 kadar cukai shj, yakni pd kadar 6%.
5. Dgn sistem SST, peniaga blh melakukan penyelewengan dgn mengutip 2 cukai drpd pengguna, ttp hny membayar 1 jenis cukai kpd kerajaan. (1 lg simpan sendirilah)
6. Maka sistem SST menyebabkan berlaku ketirisan dlm kutipan hasil cukai.
7. Tidak akan berlaku kenaikan harga brg mendadak spt didakwa krn GST bkn cukai tambahan. Sebaliknya GST menggantikan sistem cukai sedia ada.
8. Jom buat pengiraan, kalau guna cukai SST, setiap RM100 digunakan, pengguna perlu byr cukai 16% (RM16), bermakna jumlah keseluruhan pengguna kena byr RM116.
9. Kalau guna GST, utk setiap RM100, pengguna cuma kena byr cukai 6% (RM6).
Ku kongsikan sedikit perkongsian daripada Dato' Ibrahim Abdul Rahman.